Salam,
Pada awal minggu ini selama tiga hari mulai 15/6 hingga 17/6 saya berada di Hotel Blue Wave Shah Alam untuk Bengkel Selangor Bebas Halangan. Saya adalah salah seorang daripada fasilitator dalam bengkel yang telah dirasmikan oleh YB Roziah<http://selangorkini.com.my/my/berita/4132>.
Mengaudit dan menyarankan penyelesaian kepada masalah access bangunan lama bukan satu yang mudah. Namun peserta bengkel dan ahli kumpulan kami yang diberitanggung jawab mengaudit accessibibity di bangunan SUK memberikan komitmen yang tinggi. Seronok dan menarik hingga tak sedar hari dah petang. Saya cuba nak masukkan gambar ahli kumuplan tapi tak dapat. Belum pandai lagi ni!
Dengan kesungguhan yang ditunjukkan melalui kata-kata dan tindakan, saya yakin Selangor akan Maju kerana mereka Memang Nak Maju. Rakyat Selangor anda memang bertuah, termasuk HM Tuah Iskandar!