Wednesday, October 7, 2009
Monday, October 5, 2009
Friday, October 2, 2009
Monday, September 7, 2009
Bila ilmu menyentuh Hsti ....
Tuesday, September 01, 2009
Bila Ilmu Menyentuh Hati....
Ya abnaie...
Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
العلم علمان :
فعلم في القلب فذالك هو العلم النافع ؛ وعلم على السان فذالك حجة الله على ابن آدم
` Ilmu itu ada dua jenis : Ilmu yang ada dalam hati ( disertakan amal ), maka itulah yang bermanfaat; dan ilmu (yang hanya) berada di atas lidah ( tanpa diamal), maka itulah ilmu (yang menjadi) hujjah Allah (untuk mendakwa kesalahan) terhadap anak Adam.’
Riwayat Ibnu Syaibah ddan Al Khatib
Kata Imam Ghazali RahimahulLah Ta’ala :
`Ilmu yang meemberi manfaat itu ialah ilmu yang menambahkan perasaan takutmu kepada Allah Ta’ala; ( ilmu ) yang menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu; (ilmu) yang menambahkan ibdahmu kepada Tuhanmu ‘Azza wa Jalla dengan sebab makrifatmu kepadaNya; (ilmu) yang mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia; (ilmu) yang menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat; (ilmu) yang membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan-kebinasaan segala amalmu sehingga kamu dapat memeliharakan dirimu daripadanya; (ilmu) yang menampakkan kepada kamu segala perdayaan syaithan dan tipuannya’.
( Bidayatul Hidayah )
Oleh itu, jika antum mahu menyuluh diri dan perilaku..suluhlah dengan ilmu yang memberi manfaat. Rapatkan dirimu dengan para `ulama. Sirami hati dan aqalmu dengan ilmu nescaya kamu akan sentiasa terpimpin.
ABi

Wednesday, September 2, 2009
Ulama’ Dalam Sorotan Sejarah Kemerdekaan
Posted on Thursday, September 03 @ 09:22:00 MYT by Reformis
Oleh syabab007
"Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam serta ahli keluarga baginda dan para sahabat radhiallahu ‘anhu. Alhamdulillah sekarang ini kita berada di dalam fasa kedua madrasah tarbiyah dan iman. Saya menyeru diri saya dan diri pengunjung sekalian agar memaksimakan amalan istighfar kita. Di samping itu sama-samalah kita memohon kepada Allah Subhanahu Wata’aala agar kita dimasukkan ke dalam syurgaNya dan dijauhkan daripada azab nerakaNya. Amin Ya Allah.
Kemerdekaan dalam Ramadhan
Tarikh kemerdekaan Negara kita yang tercinta jatuh pada tahun ini dalam suasana umat Islam mencari hidayah Tuhannya di bulan Ramadhan. Alhamdulillah. Keadaan Allah Subhanahu Wata’aala menurunkan bala’ H1N1 telah menyebabkan pihak kerajaan mengambil langkah menghadkan perhimpunan mega sempena hari kemerdekaan baru-baru ini. Pada tahun ini hari kemerdekaan jatuh pada hari Isnin, 31hb Ogos 2009 bersamaan dengan 10 Ramadhan 1430 Hijrah. Maka langkah yang diambil oleh pihak kerajaan menyebabkan kurangnya kedengaran gejala sosial seperti kes zina, kes buang bayi dan lain-lain kes di malam sambutan kemerdekaan yang mana bangsa Melayulah juaranya.
Saya merasakan sudah sampai masanya syariat Islam ditegakkan di samping penekanan ‘konsep iman’ di dalam diri setiap generasi muda pada hari ini. Hendaklah disedari bahawa syariat Islam adalah untuk memandu dan mentadbir urusan manusia sepanjang kehidupan di dunia. Sejarah telah mencatat bahawa syariat Islam merupakan alternatif terbaik dan ianya mendapat jaminan daripada Allah Subhanahu Wata’aala. Perjuangan ulama’ digelapkan.
“Eee… aku memang tak minatlah sejarah ni.. Kau minat tak?” Itu merupakan dialog yang lazim kita dengar di kalangan pelajar sekolah menengah yang tidak meminati Matapelajaran Sejarah. Termasuklah diri saya sendiri. Saya memang tidak meminati sejarah (waktu itu). Tetapi Alhamdulillah sekarang saya mula meminati sejarah. Terutamanya sejarah Islam. Kenapa kita perlu mengambus sejarah yang sebenar dengan fakta yang tidak tepat? Persoalan ini mungkin boleh dijadikan satu muhasabah kepada para pencinta sejarah.
Jika kita menggali semula penulisan-penulisan sejarah, kita akan mendapati fakta sejarah yang tidak ditulis dengan telus. Terutama sekali buku-buku sejarah di sekolah-sekolah. Nama-nama ulama’ yang memperjuangkan kemerdekaan seperti Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tuan Guru Haji Hassan bin Munas (Tok Janggut) di Kelantan, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau, Adipati Yunus di Melaka, dan Sheikh Abdul Samad al-Falimbani tidak ditonjolkan.Satu tindakan yang tidak adilSaya berpendapat bahawa tindakan seperti ini sangat tidak adil terhadap ulama’-ulama’ tersebut. Sangat malang kepada generasi muda hari ini yang tidak mengetahui sejarah kemerdekaan Negara dari sudut yang sebenarnya. Dan sangat tidak patut membiarkan remaja dan generasi muda pada hari ini lemas dan hanyut di dalam arus budaya hedonisme.Sambutan hari kemerdekaan tidak sepatutnya didominasi dengan program-program hiburan yang melalaikan. Akan tetapi hendaklah dilaksanakan dengan program-program yang boleh menyuntik semangat generasi muda untuk mempertahankan Negara daripada unsur-unsur luar yang negatif. Hari kemerdekaan juga disambut dengan bertujuan untuk menyedarkan generasi muda akan sumbangan para ulama’ di dalam mempertahankan tanah air. Di samping itu jasa para ulama’ ialah berjuang untuk berhadapan dengan ‘ghazwatul fikr’ iaitu serangan pemikiran oleh musuh-musuh Islam.Sumbangan Gerakan IslamSuatu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah fakta dimana Gerakan Islam turut berperanan di dalam memberikan sumbangan kepada kemerdekaan Negara. Jika diselak di dalam buku-buku sejarah kita akan berjumpa dengan nama seperti Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al Helmy, Prof Zulkifli Muhammad dan Ahmad Boestamam.
Bermula dengan penubuhan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 24 Mac 1947 yang akhirnya telah melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948 sebaik sahaja Sidang Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) selesai. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang merupakan Ketua Umum Hizbul Muslimin bersama jawatankuasanya telah berusaha melebarkan pengaruh Hizbul Muslimin dalam usaha untuk membebaskan Tanah Melayu untuk membentuk masyarakat Islam dan menjadikan agama Islam sebagai satu cara hidup.Dengan tersebarnya pengaruh Hizbul Muslimin telah mendorong untuk ditubuhkan Persatuan Islam Se Malaysia pada 1951. Akhirnya Persatuan Islam Se Malaysia menjadi sebuah parti politik Islam. Parti Islam tersebut ialah Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan berjaya ditubuhkan pada 1951. Generasi muda hari ini dapat melihat Parti Islam Se Malaysia (PAS) di pimpina oleh barisan kepimpinan ulama’ yang istiqamah untuk terus memperjuangkan Islam. Dan pada hari ini juga Parti Islam Se Malaysia (PAS) telah mencapai kegemilangan dengan menjadi sebuah parti politik Islam yang disegani oleh kawan dan lawan.KesimpulanAkhirnya bolehlah disimpulkan bahawa ulama’ lah golongan yang sangat prihatin dalam mempertahankan Negara dan agama dari sebarang pencerobohan dan penjajahan bangsa asing. Ini kerana wujudnya rasa tanggungjawab yang tinggi dalam jiwa mereka dalam memikul amanah sebagai khalifah Allah Subhanahu Wata’aala di muka bumi ini.Artikel berkaitan: Ulama Pelopor Kemerdekaan Negara
http://abuaiman786.blogspot.com/

Saturday, August 29, 2009
Ramadhan, Bulan Untuk Bersujud di Keheningan Malam
(dipetik dari blog cina islam) Email Oleh : viruseinsideWritten by Masrukhin
regards,Norul Rafidi Zakaria aka viruseinsidewww.ngrafix. com

Allah swt. berfirman, “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk shalat) di malam hari, kecuali sedikit (dari padanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al-Qur`an itu dengan perlahan-lahan.” (Al-Muzammil [73] : 1-4)Itulah firman Allah swt. yang ditujukan kepada rasu-Nya yang mulia; Muhammad saw. Beliau melaksanakan perintah Allah tersebut dan bergegas melaksanakan shalat malam dengan memanjangkan bacaannya (dalam shalat). Dalam shalatnya, beliau menangis cukup lama dan melakukannya dengan kekhusyuan.Allah juga berfirman kepada beliau, “Dan pada sebahagian malam hari, maka bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Al-Isrâ’ [17] : 79)Karena engkau senantiasa shalat malam semasa di hidup dunia, maka engkau akan berdiri di tempat yang terpuji pada hari kiamat. Dan Ramadhan adalah bulan untuk puasa dan melaksanakan shalat di keheningan malam. Maka, malam yang terindah, juga waktu yang paling berharga adalah ketika orang-orang yang berpuasa melakukan tahajud di kegelapan malam.Malam hari bagi orang-orang yang berpuasa terasa pendek karena begitu nikmatnya. Sedangkan bagi orang-orang yang lalai terasa panjang karena terasa menyiksa.Allah juga menyebutkan karakteristik hamba-hamba- Nya yang saleh dengan firman-Nya, “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.” (Adz-Dzâriyât [51] : 17)Malam hari mereka termasuk malam-malam yang begitu indah. Allah juga menyebutkan perihal mereka di waktu sahurnya, “Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Adz-Dzâriyât [51] : 18)“(Yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur.” (Âli Imrân [3] : 17)Ya, waktu sahur mereka adalah waktu yang paling indah. Kaum Muhajirin dan Anshar ketika berada di keheningan malam, mereka menjadi orang-orang yang cengeng; yang mudah menangis. Tapi, jika waktu pagi tiba, mereka menjadi sosok pemberani dan kesatria.Kala malam tiba, rumah-rumah kaum Muhajirin dan Anshar berubah menjadi madrasah Al-Qur`an, pusat pembinaan, dan pemondokan yang menanamkan keimanan. Tidak seperti yang ada pada masa sekarang, di mana kebanyakan rumah yang ada pada saat ini berubah menjadi ruangan-ruangan untuk bernyanyi, bersenda-gurau, dan melakukan kekonyolan dan kesia-siaan.Ketika kita meninggalkan shalat tahajud, hati kan mengeras, air mata mengering, dan keimanan yang tertanam dalam qalbu akan semakin melemah.Dalam hadits yang shahih, Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa yang melakukan shalat malam di bulan Ramadhan dengan penuh keyakinan dan hanya mengharap ridha Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”Di antara sebab yang dapat memotivasi kita untuk mengerjakan shalat tahajud adalah memikirkan hari berdirinya manusia yang mendebarkan; hari ketika semua manusia berdiri menghadap Rabb semesta alam, ketika segala yang berada di dalam kubur dibangkitkan, dan apa yang ada di dada ditampakkan oleh Allah swt..Di antara perkara yang dapat mendorong kita melakukan shalat tahajud adalah memikirkan gelapnya alam kubur, seorang diri di dalamnya, juga penderitaan yang ada di dalamnya. Sebab, shalat malam mampu menjadi cahaya penerang di tengah kegelapan alam kubur.Di antara perkara yang dapat mendorong seseorang agar bisa melaksanakan shalat tahajud adalah dengan memikirkan pahala dari Allah, dan terhapusnya segala dosa dan kesalahan.Kaum salafusshalih melakukan shalat tahajud dengan beragam cara. Di antara mereka ada yang menghabiskan waktu malamnya dalam keadaan ruku’, ada pula yang menghabiskannya dalam keadaan sujud, dan ada pula yang terus membaca ayat sambil menangis, terus berzikir dengan khusyu’, atau melantunkan syukur seraya mengambil pelajaran. Lantas kenapa rumah-rumah kita kosong dari shalat tahajud? Kenapa ia sepi dari lantunan bacaan Al-Qur`an? Sungguh, tempat yang kita huni akan mengeluh karena jarangnya dipakai untuk shalat tahajud.Apabila waktu malam telah tiba, hati orang-orang yang lalai akan terlelap, ruh orang-orang yang terpesona akan mati, sementara saat itulah hati orang-orang yang beriman hidup, dan mata orang yang takut kepada Allah tengah terjaga.Bagaimana bisa tidur bagi mereka yang senantiasa memikirkan pembaringannya di alam kubur, hari dikumpulkannya manusia setelah dibangkitkan, dan hari-hari kehancuran (dunia). Tak pernah terbayangkan dalam benak kami, akan adanya generasi-generasi Islam yang mengisi waktu malamnya hanya dengan gurauan, bermain catur, bermain musik, serta kehilangan rasa malu. Semoga Allah swt. menurunkan kasih sayang-Nya kepada kita semua.Disebutkan dalam hadits shahih, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda kepada Abdullah bin Umar, “Wahai Abdullah, janganlah keadaanmu seperti si fulan, di mana ia bangun malam namun tidak melakukan shalat malam.”
regards,Norul Rafidi Zakaria aka viruseinsidewww.ngrafix. com
Wednesday, July 29, 2009
Ini sahaja tokoh dalam sejarah Malaysia
Salam,
Salah satu daripada objektif pendidikan Sejarah pada peringkat Menengah Rendah ialah penghargai sumbangan tokoh ... . Lebih kurang macam tulah. Maknanya murid didedahkan dengan tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembangunan, kedaulatan dan segala macam yang baik untuk negara kita Malaysia. Dalam kurikulum sekolah hanya tokoh-tokoh tertentu yang didedahkan kepada murid. Pengalaman saya bertanya pelajar saya tokoh yang diberikan dari dulu sampai sekarang Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Onn Jaafar.
Persoalannya apakah ini sahaja tokoh yang menyumbang kepada pembangunan negara. Banyak lagi tokoh yang menyumbang hakikatnya. Kalau nak mudah senaraikan mereka itu bidang seperti pendidikan, bahasa, pertanian, perumahan, perbankan dan seumpamanya. Atau boleh juga dibahagikan mengikut konteks masa: pra merdeka, pasca merdeka, tahun 1960-an, 1970-an, 1980-an sehingga kini. Konteks masa dalam sejarah adalah penting, namun jarang guru mengajar dan menyampaikanya kepada murid.
Para guru sejarah sekalian, tolong ajar murid anda tentang konteks masa.

MELEWATKAN SOLAT ISYAK DAN MASA SOLAT TAHAJJUD
Soalan :
Assalamualaikum ustaz, Saya sering tidur awal tanpa solat isyak dan saya bangun awal pagi,
dalam sekitar pukul 4.30 pagi untuk solat isyak dan terus bersolat tahajud. Saya pernah diberitahu untuk bersolat tahajud, saya perlu solat isyak dan tidur dahulu kemudian bangun semula barulah saya boleh menunaikan solat tahajud, betulkah begitu ustaz dan adakah cara saya melakukan solat isyak beserta solat tahajud itu tidak betul?
Jawapan :
1. Sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melebihi ½ atau 1/3 malam adalah tidak digalakkan kerana sebaik-baiknya solat dilaksanakan di awal waktu. Lagipun, sebahagian ulamak/mazhab ada yang berpandangan; waktu solat isyak tidaklah berterusan hingga masuk subuh, akan tetapi setakat 1/3 atau ½ malam sahaja. Berdasarkan pandangan ini, sesiapa sengaja melewat-lewatkan solat isyak hingga melepasi sepertiga malam atau separuhnya, ia berdosa kecuali kerana suatu keuzuran. (Sila baca lebih lanjut dalam blog ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/waktu-solat-isyak.html).
2. Adapun hadis yang menceritakan Rasulullah s.a.w. melewatkan solat isyak, maksudnya ialah melewatkannya hingga ke sepertiga malam atau seperduanya sahaja. Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;
“Jika tidak kerana bimbang akan memberatkan umatku, nescaya aku akan suruh mereka supaya melewatkan solat Isyak hingga ke sepertiga malam atau separuhnya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)
3. Mengenai solat Tahajjud, ia termasuk dalam ibadah malam. Ibadah malam atau Qiyamullail masanya bermula dari awal malam (iaitu selepas isyak) dan berterusan hingga azan subuh. Ia boleh dilakukan sebelum tidur atau selepasnya. Namun yang terbaik ialah melakukannya selepas tidur terutamanya di penghujung malam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Solat paling baik selepas solat fardhu ialah solat di penghujung malam. Puasa yang paling baik selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram” (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)
Menurut ulamak, maksud hujung malam dalam hadis di atas ialah sepertiga malam yang akhir. Pada saat itu, Allah SWT turun ke langit dunia sebagaimana sabda Nabi s.a.w.;
“Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih masih tinggal sepertiganya yang akhir. Ia berkata; ‘Mana orang yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan perkenankan untuknya doanya. Mana orang yang memohon kepadaku, maka aku akan berikan kepadanya (permohonannya). Mana orang yang meminta ampun dariKu, maka aku akan ampuninya’” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Solat sunat yang dilakukan selepas tidur itulah yang dinamakan tahajjud. Firman Allah s.a.w.;
“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajjud (sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji” (al-Isra’, ayat 79).
Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Tahajjud ialah ibadah malam yang dilakukan selepas tidur”.
Cara terbaik untuk menghidupkan malam ialah dengan membahagikan malam kepada enam bahagian; tidur di tiga bahagian awalnya (yakni separuh malam), kemudian bangun bertahajjud pada dua bahagian selepas itu dan tidur semula pada satu bahagian yang hujung, iaitu sebelum azan subuh. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.;
“Sesungguhnya solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud a.s. iaitu ia tidur separuh malam (yang awal), ia bangun solat sepertiganya dan ia tidur semula di seperenamnya. Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud; ia berpuasa sehari dan ia berbuka sehari”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).
Kesimpulannya, untuk melakukan ibadah atau solat malam (solat witir, solat sunat taubah, solat istikharah, solat tasbih, solat sunat mutlak di malam hari, membaca al-Quran, berzikir dan sebaginya) tidaklah disyaratkan tidur terlebih dahulu. Namun jika kita hendak mengambil fadhilat solat malam yang paling baik dan mengikuti kebiasaan Nabi s.a.w., maka digalakkan kita tidur terlebih dahulu dan bangun mengerjakan tahajjud selepas pertengahan malam.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Mugni al-Muhtaj, 1/313.
2. al-Iqna’ (Imam Ibnu al-Munzir), hlm. 81.
3. Fiqh al-Ibadaat (Syeikh Hasan al-Ayyub), hlm. 296.
4. al-Fiqh al-Wadhih, 1/261.
5. al-Mughni, Ibnu Qudamah, 2/89-90.
6. Faidhul-Qadier, syarah hadis no. 1256.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 9:39 AM

Saturday, June 20, 2009
Selangor Memang Nak Maju
Salam,
Pada awal minggu ini selama tiga hari mulai 15/6 hingga 17/6 saya berada di Hotel Blue Wave Shah Alam untuk Bengkel Selangor Bebas Halangan. Saya adalah salah seorang daripada fasilitator dalam bengkel yang telah dirasmikan oleh YB Roziah<http://selangorkini.com.my/my/berita/4132>.
Mengaudit dan menyarankan penyelesaian kepada masalah access bangunan lama bukan satu yang mudah. Namun peserta bengkel dan ahli kumpulan kami yang diberitanggung jawab mengaudit accessibibity di bangunan SUK memberikan komitmen yang tinggi. Seronok dan menarik hingga tak sedar hari dah petang. Saya cuba nak masukkan gambar ahli kumuplan tapi tak dapat. Belum pandai lagi ni!
Dengan kesungguhan yang ditunjukkan melalui kata-kata dan tindakan, saya yakin Selangor akan Maju kerana mereka Memang Nak Maju. Rakyat Selangor anda memang bertuah, termasuk HM Tuah Iskandar!
mukaddimah
Pendapat seseorang terhasil daripada yang dipandang, difikir, difaham dan dibicarakan sebagai pandangan. Masing-masing menganggap pandangan dialah yang tepat. Pandangan orang lain semua tak tepat.
Subscribe to:
Posts (Atom)