Salam,
Salah satu daripada objektif pendidikan Sejarah pada peringkat Menengah Rendah ialah penghargai sumbangan tokoh ... . Lebih kurang macam tulah. Maknanya murid didedahkan dengan tokoh-tokoh yang menyumbang kepada pembangunan, kedaulatan dan segala macam yang baik untuk negara kita Malaysia. Dalam kurikulum sekolah hanya tokoh-tokoh tertentu yang didedahkan kepada murid. Pengalaman saya bertanya pelajar saya tokoh yang diberikan dari dulu sampai sekarang Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Onn Jaafar.
Persoalannya apakah ini sahaja tokoh yang menyumbang kepada pembangunan negara. Banyak lagi tokoh yang menyumbang hakikatnya. Kalau nak mudah senaraikan mereka itu bidang seperti pendidikan, bahasa, pertanian, perumahan, perbankan dan seumpamanya. Atau boleh juga dibahagikan mengikut konteks masa: pra merdeka, pasca merdeka, tahun 1960-an, 1970-an, 1980-an sehingga kini. Konteks masa dalam sejarah adalah penting, namun jarang guru mengajar dan menyampaikanya kepada murid.
Para guru sejarah sekalian, tolong ajar murid anda tentang konteks masa.
Wednesday, July 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment